Quantcast
Channel: namaberita [dot] com
Viewing all 209 articles
Browse latest View live

Penceramah Popular Ustaz Azhar Idrus Bersama Isteri Kemalangan

$
0
0

Kuala Terengganu: Penceramah popular Ustaz Azhar Idrus bersama isterinya terbabit dalam kemalangan apabila kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kereta lain di persimpangan lampu isyarat Kampung Pengadang Baru, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7.40 pagi, Ustaz Azhar dan isterinya dilaporkan tidak cedera, manakala pemandu dan penumpang kereta Proton Iswara cedera ringan dalam kemalangan itu menerima rawatan pesakit luar di Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini.

Pemandu kereta Proton Iswara, Che Daek Abdul Rahman, 58, cedera di dada manakala anak saudaranya, Iskandar Mohd Saidi, 12, bengkak di kepala akibat terhantuk dan luka di tangan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

Katanya, kemalangan berlaku ketika Ustaz Azhar atau nama sebenarnya Zamrul Idrus, 49, dan isterinya dalam perjalanan ke Bukit Payong, Marang.

Beliau berkata, Ustaz Azhar membuat laporan polis pada jam 11 pagi di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu dan memberi keterangan berhubung kemalangan itu.

Dalam pada itu, usaha Metro Ahad untuk menemubual Ustaz Azhar gagal apabila beliau enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan berhubung kemalangan itu.

Sumber: Harian Metro

Career Opportunities At Petronas | How to Apply Online

$
0
0
If you have not previously applied to us online, please register 
first to create your profile and account. 

After you have registered, you can log into your account and go
to Job Search to browse current job openings and find a role that
is right for you.


The next step is to select the job you wish to apply for, and then
complete the application form.

After you have submitted your application, you will receive an
acknowledgment that we have received your application within
48 hours.
 

If you have registered previously, please login here to update
your resume, search for current job openings or submit a new
application.

If you are applying to a new position, please update your resume
before submitting the application.
 
Alternatively please browse our vacancies here.

Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tabika/Taska) KEMAS 2013 | Jawatan Kosong Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat

$
0
0

Tawaran Mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tabika/Taska) KEMAS Tahun 2013.

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (Tabika/Taska) KEMAS Tahun 2013

1. SYARAT & KELAYAKAN 
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 21 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan;
- Pemohon mestilah mempunyai kelayakan seperti berikut:

(a) DIPLOMA yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (keutamaan kepada calon yang memiliki Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak); atau

(b) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

(c) Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

- Kakitangan kerajaan bertaraf TETAP, lulusan Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak layak untuk memohon jawatan ini

2. MAKLUMAT ASAS KURSUS
- Tempat : Institut / Pusat Latihan KEMAS
- Tempoh : Satu (1) hingga dua (2) bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Jabatan

3. TARIKH PERLANTIKAN
- Calon yang LULUS KURSUS ini sahaja layak dipertimbangkan untuk dilantik sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (Pemaju Masyarakat Tabika/Taska) Gred S27 KONTRAK
- Tarikh perlantikan ke jawatan ini dijangka berkuat kuasa Januari 2014 atau tertakluk kepada perubahan

4. PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN
- Pemohon dikehendaki menggunakan Borang KEMAS 1 Pin. 2005
- Isikan semua maklumat dengan jelas, tepat dan lengkap mengikut butiran yang dikehendaki seperti dalam borang berkenaan
- Borang juga boleh didapati di:

(a) Laman Web KEMAS : http://www.kemas.gov.my/
(b) Fecebook KEMAS
(c) Pejabat KEMAS Negeri atau Daerah/Parlimen. Alamat Pejabat KEMAS Negeri adalah seperti berikut :https://www.facebook.com/notes/jabatan-kemajuan-masyarakat-kemas/direktori-jabatan-kemajuan-masyarakat-kemas-negeri/500001019960

5. PANDUAN MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN
- Borang hendaklah dihantar ke PEJABAT KEMAS NEGERI yang dipilih SEBELUM tarikh tutup permohonan
- Sebarang kelewatan permohonan tidak akan dipertimbangkan
- Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan

6. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30 OGOS 2013

7. TEMUDUGA DAN KEPUTUSAN
- Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk temu duga
- Hanya calon-calon yang berjaya dalam Kursus Asas Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak akan dipertimbangkan untuk berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (Pemaju Masyarakat Tabika/Taska) Gred S27 secara kontrak di KEMAS.
- Calon-calon yang tidak dihubungi selepas enam (6) bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya. Surat pemberitahuan tidak akan dikeluarkan oleh Jabatan.

Jawatan Kosong di Sushi Kin Sdn Bhd (Miri & Sibu)

$
0
0


  1. Penyelia
  2. Ketua Pelayan Restoran / Pelayan Restoren (Sepenuh Masa)
  3. Pembantu Dapur (Sepenuh Masa)
  4. Pelayan Restoren / Pembantu Dapur (Separuh Masa)

Temuduga Terbuka
Lokasi: Bintang Megamall, Miri
Pintu Masuk Utama,
Tingkat 1, Jalan Miri-Pujut,
98000 Miri, Sarawak
Tarikh: 24 Ogos 2013

Lokasi: Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sibu,
Tingkat 3, Wisma Persekutuan,
Block 3 Persiaran Brooke,
96007 Sibu, Sarawak
Tarikh: 26 Ogos 2013

Masa: 10.00 am – 5.00pm




Astro’s Era FM to issue apology over ‘cap ayam’ remark

$
0
0

MIRI: Era FM will issue an apology to Premier League champion Sarawak next week over the ‘cap ayam’ and degrading comments by their morning show deejays Johan, Ray and Hanif (Johara).

Astro Radio Sdn Bhd (Astro Radio) chief executive officer Dr Jake Abdullah said he had called them over the incidents yesterday and warned them to refrain from making negative comments on any football team in the country.

“Next week, you will hear an apology,” he told reporters after the official launching of Era FM, hitz FM and MY fm expansion to Miri City yesterday.

Dr Jake admitted that he was really upset after learning about the incident that angered Sarawak fans, resulting in many listeners expressing their displeasure and even with death threats to Johara.

“People who are not passionate about football will not understand,” he said adding that Era FM had always been supportive of the Sarawak Football Association (FAS) since 2010.

The negative remark was uttered when Sarawak lost 1-2 to Perak in the Malaysia Cup competition recently in an away game when the deejay allegedly commented that Sarawak had won the Premier League champion undefeated this season because the teams playing in that league were all “cap ayam team”, meaning that all the teams playing lacked quality.

It allegedly described Sarawak as a team that was not fit to play in the Malaysia Cup and could only play at the Premier League level only.

The comment had angered local fans and even politicians here with many expressing their frustration in the Facebook and Twitters urging to boycott the Astro programme as well as making death threats to Johan and Ray if they were to step foot in Sarawak.

A check by Bernama found many blogs had initiated a campaign to boycott Era FM as a show of protest if the deejays refused to apologise over the radio.

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Youth vice-head Pandi Suhaili said deejays as well-known public personalities should know their etiquette when they were on air.

“PBB Youth demands a public apology, if they are joking then they have crossed the line, there must be a limit, they should understand the sensitivities of the local communities,” he told Bernama.

On another development, Dr Jake said the expansion was part of the long-term plan of Astro Radio to strengthen its position in the broadcasting industry in the country.

“Our vision is to have our own East Malaysia operation running independently, hopefully it can materialise in the next 24 to 36 months,” he said.

He said at the moment some of the programme aired were from Peninsula and once it able to operate independently listeners in Sarawak and Sabah can tune in to their own local contents 24 hours.

Presently, more than 500,000 listeners are estimated to tune in on Era FM, hitz fm and My FM in Sarawak and Sabah. — Bernama

Orang Awam Berjaya Tangkap Peragut di Tebingan Kuching

$
0
0

KUCHING: Seorang peragut ditangkap orang awam sebelum diserahkan kepada polis selepas meragut beg bimbit seorang lelaki di Tebingan Kuching awal pagi semalam.

Mangsa yang berusia 26 tahun semasa kejadian berkata, dia bersama dua lagi rakannya sedang bersiar-siar di Tebingan Kuching selepas menghadiri Majlis Ramah-tamah Aidilfitri anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu sekitar jam 1 pagi.

Menurut mangsa, suspek yang memakai topi keledar semasa kejadian bertindak meragut beg bimbitnya dan terus melarikan diri dari tempat kejadian.

“Saya kemudian terus mengejarnya dan dalam masa sama menjerit meminta pertolongan daripada orang awam.

“Mujur ada sekumpulan lelaki (orang awam) yang menggunakan sebuah kereta berhenti dan terus mengejar serta menangkapnya (suspek).

“Kami kemudian menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan,” katanya sambil menambah seorang lagi suspek berjaya melarikan diri dari tempat kejadian.

Suspek yang berusia 21 tahun dan berasal dari Sejingkat itu kemudian dibawa ke Balai Polis Simpang Tiga untuk siasatan lanjut.

Sementara dalam satu kejadian berasingan, seorang lelaki dicekup pengawal keselamatan selepas menceroboh kawasan Masjid Jamek di Petra Jaya dekat sini malam kelmarin.

Dipercayai lelaki berusia 20-an dan berasal dari Jalan Astana itu telah memecah masuk ke kawasan masjid berkenaan dipercayai dengan niat untuk mencuri besi di salah satu bangunan di situ.

“Kami percaya dia mahu mencuri besi kerana sebelum ini pun sudah banyak kes mencuri besi di dalam kawasan masjid, disebabkan itu kami meningkatkan lagi pengawasan di situ,” kata seorang daripada pengawal keselamatan masjid tersebut.

Suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Dalam satu lagi kejadian, seorang lelaki ditahan untuk siasatan lanjut selepas dilaporkan mengamuk serta cuba menyerang anggota polis di Jalan Arang, di sini pagi semalam.

Suspek, 30-an itu pada mulanya mengamuk di rumahnya sehingga mencederakan bapa mentuanya menyebabkan keluarga suspek terpaksa menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.

Bagaimanapun, keadaan menjadi lebih rumit sebaik sahaja ketibaan polis apabila suspek cuba menyerang anggota polis selain turut memanjat ke atas kereta peronda polis.

Selepas dipujuk dan ditenangkan, suspek kemudian menyerah diri kepada polis dan dibawa ke Balai Polis Simpang Tiga untuk siasatan lanjut.

Sumber: Utusan Borneo

4 Program Pengajian Peringkat Ijazah Sarjana Muda di Politeknik Bermula September Ini

$
0
0
JOHOR BAHARU: Politeknik Malaysia akan memulakan empat program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di tiga politeknik premiernya, pada sesi pengajian awal September ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik Datuk Mohlis Jaafar berkata tiga daripada program itu dilaksanakan sepenuhnya oleh politeknik manakala satu dijalankan secara berkembar dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Batu Pahat.

“Tiga kursus yang dilaksanakan sepenuhnya adalah Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti Antarabangsa di Politeknik Sultan Ibrahim, Johor Baharu; Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti (Kepujian) di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Kepujian) di Politeknik Ungku Omar, Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelancaran program Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti Antarabangsa di Politeknik Sultan Ibrahim, Pasir Gudang, di sini.

Turut hadir, Pengarah Politeknik Sultan Ibrahim, Datuk Dr Arshad Kassim.

Mohlis berkata program berkembar pula adalah melibatkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembungkusan (Kepujian) dengan kerjasama Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan UTHM.

Beliau berkata buat permulaan, seramai 120 pelajar akan mengikuti program tersebut 2 Sept depan dengan setiap program menempatkan 30 pelajar.

Katanya, program pembelajaran akan dilaksanakan menggunakan konsep belajar berdasarkan kerja dengan pelajar ditempatkan di industri selama dua semester.

“Pelajar yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembungkusan (Kepujian) itu pula perlu mengikuti selama dua tahun di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebelum menamatkan pengajian di UTHM,” katanya.

Menurut Mohlis, penawaran program Ijazah Sarjana Muda adalah selari dengan objektif kedua transformasi politeknik iaitu memastikan politeknik terus relevan selari dengan kehendak pembangunan ekonomi negara selepas 44 tahun diwujudkan. — Bernama

Vacancy Advertisement In SKMM Sarawak Regional Office

$
0
0

1. Assistant Directors (3 vacants each in Kuching, Sibu, Miri) - Grade P4
- Degree Holder in Communication, Engineering, Project Management, ICT, or relevent field
- To handle project & infra management & all other related directives
- Must have good team spirit, good communication skill, good coordination skill, resourceful
- Fresh graduates are encouraged to apply
- Single applicants will be given priorities

2. Assistant Executive (1 vacant in Kuching) - Grade S2
- Diploma holders in any field
- Supporting function
- Must have good team spirit and able to follow orders wherever relevant
- Fresh grads are encouraged to apply
- Single applicants will be given priorities

Write in with your application letter with photo and complete resume to:

Regional Head
SKMM Sarawak Region
Level 5 (North) Wisma STA
Jalan Datuk Abang Abdul Rahim
93450
(Attn: HR Unit)

or email to dinah.samuel@cmc.gov.my/ sy.kueh@cmc.gov.my

Closing date: 15th September 2013

Note: PREVIOUS APPLICANTS NEED NOT RE-APPLY. We already have you in our database. Applications WITHOUT accompanying letter or resume or photo will not be entertained.

p/s: And please do mind your grammar if you're writing in English.

**Source: Ms. Dinah Samuel, Malaysian Communications And Multimedia 
Commissions (MCMC) **

Jawatan Kosong di Grand Palace Hotel Miri

$
0
0

  • Food & Beverage Manager
  • Junior Sales Executive
  • Room Attendant
  • Public Area Attendant
  • Driver cum Bellboy
  • Chief Steward
  • Steward
  • Restaurant Captain
  • Waiter / Waiteress
  • 2nd Cutter
  • Kitchen Helper
  • Demi Chef De Partie
  • Commis I & II
  • Security Guard
  • Maintenance Assistant

Tarikh Tutup: 31 Ogos 2013

Ujian Pemeriksaan Fizikal Eksesais Pengambilan Jawatan Konstabel Lelaki 2013

$
0
0

Tarikh / Masa : 04/09/2013, 8.00 pagi
Tempat: Ibu Pejabat Polis Daerah Miri

Syarat-syarat kelayakan memohon: 


Harga Minyak Naik 20sen Dijangka Menyumbang Peningkatan Harga Rumah Sehingga 10%

$
0
0

Peningkatan harga minyak sebanyak 20 sen yang diumumkan kerajaan pada hari Isnin lalu dijangka akan turut menyumbang kepada peningkatan harga rumah sehingga 10 peratus.

Laporan The Star yang memetik kenyataan dari wakil pemaju perumahan menyebut, peningkatan harga minyak itu menyebabkan kos bahan binaan meningkat.

Selain itu, peningkatan harga rumah berkenaan juga berpunca dari kekurangan jumlah tenaga kerja asing ekoran operasi besar-besaran yang dijalankan kerajaan untuk membasmi pendatang asing tanpa izin.

Presiden Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Datuk Seri Michael Yam Kong Choy dalam laporan itu berkata, kontraktor akan memindahkan kos yang ditanggung akibat kelewatan projek berkenaan kepada pembeli.

“Operasi ke atas tapak pembinaan juga menakutkan pekerja asing yang sah,” katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

Beliau berkata golongan pekerja berkenaan akan ponteng kerja atau menangguhkan kepulangan mereka ke negara ini, sehinggalah operasi penguatkuasaan itu berakhir.

Menurutnya, pemaju terpaksa menanggung kos lebih tinggi untuk tenaga kerja untuk mengelakkan daripada didenda kerana tidak mengikut perjanjian.

Yam berkata pemaju berkenaan terpaksa membayar ganti rugi kepada pembeli rumah sekiranya projek tersebut lewat disiapkan.

Tambahnya, peningkatan harga minyak tersebut akan menjejaskan rangkaian bekalan melibatkan lebih 100 jenis perniagaan.

Sumber: The Star

Allah’ Ban A Non-Issue In The Sarawak, Ban Does Not Cover East Malaysia - Datuk Amar Abang Johari

$
0
0
Sarawak Christians need not worry about using Allah to refer to God, ban does not cover East Malaysia

Datuk Amar Abang Johari
KUCHING: Christians in the Sarawak should not worry about using the word ‘Allah’ in their prayers to refer to God despite the Court of Appeal’s (CA) decision to bar the use of the word in the Catholic weekly publication ‘The Herald’.

Housing Minister Datuk Amar Abang Johari Tun Openg said although the CA had made its ruling on Monday, the usage of the word ‘Allah’ is not an issue in Sarawak and Sabah.

“The ruling was made by the Court of Appeal. For Sarawak and Sabah, I don’t think it is an issue,” he told reporters during a ceremony to present fresh beef at Masjid Darul Na’aim, Kpg Lintang in conjunction with Hari Raya Korban yesterday.

The ceremony, which was organised by Sarawak National Youth Organisation (Saberkas) and Parti Pesaka Bumiputera Bersatu from the Kpg Lintang sub-branch, was also attended by Samariang assemblywoman Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

A total of five heads of cattle were slaughtered and distributed to some 350 recipients in the Semariang area.
Abang Johari, who is also Tourism Minister added that the best thing to do is to make no further comment on the issue because it had nothing to do with Sarawak and Sabah.

The court’s decision prompted the Association of Churches of Sarawak chairman The Most Revd Datuk Bolly Lapok to issue statement calling the ruling “utterly irresponsible and grossly demeaning”.

Bolly, who is also the Anglican Archbishop for the Province of Southeast Asia and Anglican Diocese of Kuching Bishop, st ressed that Christ ians i n Sarawak “.. will continue to wor ship their ‘Al lah’ until kingdom come. What are they going to do about it?”

Anglican Diocese of Kuching Assistant Bishop Rt Revd Aeries Sumping Jingan said he could not buy the argument that the word ‘Allah’ is not an integral part of Christianity, especially when Sarawakians have been using the word ‘Allah Taala’ since 1848, long before Malaysia was even conceived.

According to Aeries, Bolly said the ban “is abhorrent, wholly unacceptable and a flagrant betrayal of the Malaysia Agreement, which guarantees the inalienable rights of the non-Muslims in Sarawak and Sabah to religious freedom.”
Ba’Kelalan assemblyman Baru Bian also called the CA’s decision “illogical and preposterous”.

Baru, who is state PKR chairman, said the CA had ignored the historical facts which pre-date Malaysia and the rights to religious freedom under the Malaysia Agreement 1963.

“This decision of the Court of Appeal is a betrayal of the undertaking given to our forefathers when they agreed to join in the formation of Malaysia.”


Source: The Borneo Post

Sikhs will use Allah as it is in their holy scriptures, says Gurdwara council chief

$
0
0
Jagir Singh stresses the word Allah has been used by Sikhs for more than 6 centuries. The Malaysian Insider pic by Nazir Sufari, October 16, 2013.

Sikhs will continue to use the word Allah in their religious practices as the word appeared numerous times in their holy scriptures, said the Malaysian Gurdwara Council president Jagir Singh.
"There is no way the word can be excluded since it is found in the Guru Granth Sahib, just like in the holy Quran for Muslims," he said, adding that Sikhs throughout the world has used the word in the past six centuries.
He said the 350,000 faithful in Malaysia can continue to use the word found in the holy scriptures despite the Court of Appeal decision on Monday when it banned the word Allah from being used in the Bahasa Malaysia section of the Catholic weekly, Herald.
The Sikh scriptures are recited during weddings and home purification ceremonies. There are some 180 gurdwara (temples) in the country, with about 10 in Sabah and Sarawak.
On Monday, a three-man bench which allowed Putrajaya’s appeal to reverse a High Court ruling that the Herald could use the word, said the word Allah was not an integral part of the Christian faith and practice.
The court said it saw no reason why the church was so adamant in wanting to use the word Allah.
It said such usage, if allowed, would inevitably cause confusion within the Malaysian community, and added that the welfare of an individual or group must concede to the majority community.
Jagir, who is also president of the Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism, said the Court of Appeal judgments covered a "wide dragnet".
"I don’t know how the government and Muslim religious authorities want to enforce the court decision," he said.
He said there were already state enactments that banned non-Muslims from using the word since Islam came under the authority of state governments.
Jagir said the (Gurdwara) council was also waiting to see how the Home Ministry was going to react to the court ruling.
"But we have always maintained that nobody has a monopoly over the word from the cultural and religious perspective," he added. - October 16, 2013.

Source: The Malaysian Insider


Khidmat Gunting Geli-Geli, Gadis Indonesia Mampu Raih RM6,000 Sebulan di Bandar Bintulu

$
0
0


[Muat Turun Gambar Untuk Melihat Artikel Lebih Jelas]

Syabas buat wartawan Metro kerana sering kali melakukan penyamaran di premis-premis tertentu untuk mendapatkan berita. 

Sumber: Metro Ahad, 20/10/2013

Tarikh Temuduga Jawatan Pekerja Sambilan Harian (PSH) di Sarawak


Rayat Meskin Enggau Setengan Bulih Penguntung Ari Peniki Rega Minyak

$
0
0

SRI AMAN: Kaban Parlimen Sri Aman, Masir Kujat madahka, rega minyak baka RON 97  enggau Diesel  ti ditikika sebedau tu ke bendar meri penguntung ngagai rayat ke meskin enggau ke pentengan penatai pemisi di serata menua Malaysia.

Ku iya, rega minyak nya ditikika ketegal pengawa ngurangka sabsidi sereta ulih ngelimat belanja menua RM24 biliun, tang duit nya deka dikena ngemansangka semua rayat ti bepenatai pemisi mit.

Pengawa bekelimatka belanja  RM24 biliun nya mega ulih dikena bejalaika program Bantu Rayat 1 Malaysia, ku iya.
Belanja nya mega ulih dikena bejalaika projek pemansang di menua pesisir nyengkaum di  Sarawak.

“Kitai patut berunding nengah sukut ke manah ba  pengawa ngurangka sabsidi, laban belanja nya ulih dikena perintah nyungkak tikas  pengidup rayat ila,” ku iya.

Iya bejaku  munyi tu lebuh ti bejadika Pengerami Gaga Ati Ke Pemujur Barisan Nasional (BN) ke udah menang ba sitak Parlimen P.202 Sri Aman, maya PRU 13 taun tu tadi ba Taman Perumahan Srijaya, Sri Aman ensanus.

Berebak enggau pengerami nya, Masir udah nyuaka Chek RM5,000 ngagai Biro Indu Taman Perumahan Sri Aman sereta nyuaka duit bantu ungkup JKKK Taman nya ke diterima Michael Badau.

Masir mega madahka sitak Parlimen P.202 Sri Aman udah ngagihka belanja RM1 miliun, ke megai tiga buah sitak Kunsil Nengeri (DUN) dalam Parlimen iya.

Agih belanja nya deka dikena bejalaika projek pemansang infrastruktur di DUN Simanggang, Bukit Begunan enggau Balai Ringin taun baru tu ila.

“Aku arapka rayat dalam sitak Parlimen Sri Aman terus meri sukung ngagai BN ba Pengawa Bepilih Menua (PRN) dudi tu ila,” ku iya.

Sama bisi ngulu pengerami nya, Chairman JKKK Taman Perumahan Srijaya, Empaga Bailey, Tuai Rumah Suai Ngadan, Ketuai Biro Indu, Pn. Linang  pemantu Masir empu, Edmund Pirang.





Sultan Brunei Perkenal Undang-Undang Syariah Secara Berperingkat

$
0
0

BANDAR SERI BEGAWAN - Sultan Hassanal Bolkiah yang memerintah Brunei, semalam memperkenalkan hukuman Islam termasuk merejam sampai mati penzina sekali gus menjadikan Brunei negara Asia Tenggara pertama yang melaksanakan undang-undang tersebut di peringkat nasional.
Baginda berkata, Kanun Hukuman Jenayah Syariah yang baru diperkenalkan semalam selepas persediaan selama beberapa tahun itu akan dikuatkuasakan secara berperingkat enam bulan kemudian.
Undang-undang tersebut akan hanya dilaksanakan terhadap penganut Islam.
Ia merangkumi hukuman Islam termasuk merejam penzina yang sudah berkahwin, memotong tangan pencuri dan hukuman sebat ke atas penganut Islam yang melakukan perlbagai salah seperti minum arak dan menggugurkan anak.
"Dengan ini, Alhamdulillah, pada peringkat ini tanggungjawab kita di hadapan Allah telah pun tertunai," titah baginda dalam satu ucapan.
Sultan Hassanal pertama kali mencadangkan untuk melaksanakan undang-undang jenayah syariah di negara yang dihuni oleh 400,000 penduduk itu pada 1996.
"Brunei menonjolkan ciri-ciri sebuah negara feudal pada kurun ke-18 berbanding anggota penting rantau ekonomi dan sosial Asia Tenggara pada kurun ke-21," kata Timbalan Pengarah Asia Pertubuhan Hak Asasi Manusia Human Rights Watch, Phil Robertson ketika mengulas perkembangan itu.
Beliau menyifatkan perubahan kepada undang-undang tersebut sebagai pencabulan hak, dibenci dan tanpa justifikasi.
Brunei telah mengharamkan penjualan dan perbuatan minum arak di tempat awam serta mengehadkan perkembangan ajaran agama lain.
Sultan Brunei sendiri melahirkan kebimbangan berhubung undang-undang syariah beberapa tahun lalu ketika kanun berkenaan dalam proses untuk disiapkan.
Namun, baginda berulang kali menyokong untuk mengukuhkan asas Islam bagi menghadapi pengaruh luar yang merosakkan termasuk internet.
Bagaimanapun, kerajaan Brunei dipercayai akan melaksanakan undang-undang syariah secara peringkat-peringkat seiring dengan cirinya sebagai sebuah negara yang aman, kata seorang felo pelawat di Pusat Pengajian Islam Omar Ali Saifuddien, Gibril Fouad Haddad.
"Adakah ia (undang-undang syariah) hanya simbolik? Saya tidak tahu," katanya. 
Sumber: Brunei Times

Semua GSTT Sarawak Ikuti DPLI Akan Diserap Mengajar di Sekolah

$
0
0

KOTA SAMARAHAN: Semua atau 100 peratus graduan tempatan untuk Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) akan diserap ke sekolah di negeri ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun berkata, malah graduan daripada DPLI-GSTT daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) itu akan mendapat surat lantikan terus daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Malaysia.

“Ini adalah satu keisti mewaan kepada anak Sarawak apabila semua mereka yang berada di pasaran kerja ini akan diambil (bekerja).

“Maka itu tidak ada masalah dari segi pengambilan guru di negeri ini yang diisi sendiri anak tempatan,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan Surat Tawaran Pelantikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan IPGM dan IPTA di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini, semalam.

Katanya sehingga tahun depan, jumlah keseluruhan graduan IPGM dan IPTA dijangka 20,000 dan daripada jumlah itu hanya terdapat 7,000 kekosongan.

“Namun bagi kes Sarawak kita mengambil semua graduan ini tanpa sesiapa yang tinggal, khasnya mereka yang memohon.

“Ia juga akan dilakukan di Sabah, dengan memberi keutamaan kepada anak tempatan mengisi kekosongan guru,” ujarnya.

Entulu yang juga Ahli Parlimen Selangau berkata, program yang pertama kali di Sarawak itu dipercayai secara tidak langsung membantu mengisi kekurangan guru yang berlaku di Sarawak.

Tambahnya SPP berusaha mempercepatkan proses pengambilan di mana ia menyaksikan graduan DPLI-GSTT ditemu duga dan kemudian menerima surat lantikan terus pada hari yang sama.

Kata beliau ia adalah satu penambahbaikan dalam SPP kerana sebelum ini graduan DPLI-GSTT perlu menunggu empat hingga enam bulan untuk menerima surat lantikan dan seterusnya untuk ditempatkan.

Tambahnya bukan itu sahaja melalui program sedemikian ia diyakini membantu mengurangkan kos perpindahan guru.

“Kekurangan guru berlaku apabila ada di kalangan mereka ini mahu berpindah dan kerajaan mempunyai kekangan kewangan kerana perlu menanggung kos jutaan ringgit bagi tujuan berkenaan.

“Maka itu jalan terbaik adalah melaksanakan pengambilan dan melatih anak tempatan kita sendiri,” katanya.

Sementara itu Pengerusi SPP Malaysia Tan Sri Zulkurnain Awang dalam sidang media yang sama berkata, semalam seramai 520 graduan DPLI-GSTT ditemu duga dan menerima surat lantikan terus.

Daripada jumlah itu, 516 orang akan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) sementara empat guru ditempatkan di kolej kemahiran termasuk Politeknik.

Kata beliau graduan-graduan itu dijangka akan ditempatkan di sekolah masingmasing bermula awal tahun depan.

“Secara keseluruhan di Malaysia sebanyak 10,430 perjawatan berkenaan merangkumi 4,440 perjawatan di sekolah menengah dan 5,990 di sekolah rendah, jelasnya.

Sumber: Utusan Borneo, 23/10/2013

Keputusan Isu Kalimah "Allah" Tidak Melibatkan Kristian di Sabah & Sarawak : Najib

$
0
0

KOTA KINABALU - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan Mahkamah Rayuan berhubung penggunaan kalimah ALLAH tidak melibatkan amalan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.

Najib berkata perkara yang terkandung dalam resolusi 10 perkara peringkat kabinet pusat itu akan dikekalkan di kedua-dua negeri.

"Baru-baru ini apabila Mahkamah Rayuan membuat keputusan mengenai kalimah ALLAH, ia tidak menyentuh sama sekali mengenai amalan Kristian di Sabah dan Sarawak, malah 10 points agreement masih dikekalkan," katanya.

Najib yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berucap demikian semasa merasmikan Perhimpunan Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) ke-28 di Hongkod Koisaan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di sini hari ini.

Mahkamah Rayuan di Putrajaya membuat keputusan bahawa 'The Herald', penerbitan mingguan Katolik dilarang daripada menggunakan kalimah ALLAH pada 14 Oktober lepas untuk membenarkan rayuan kerajaan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan penerbitan itu menggunakan kalimah 'ALLAH' bagi merujuk kepada Tuhan.

 Turut hadir pada majlis itu, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Perdana menteri mengingatkan semua anggota masyarakat bahawa satu daripada prasyarat untuk menjalani kehidupan aman damai adalah menjaga hubungan antara kaum dan penganut agama di negara ini.

"Kepada rakyat Sabah, harap jangan ada sesiapa rasa tertekan kerana amalan setiap penganut agama akan kekal seperti mana sebelum ini.

"Jika kita hidup dalam aman, keharmonian kaum dan agama dapat kita kekalkan, dipupuk dan diperkukuhkan. Kita (kerajaan) juga ingin lihat bagaimana kita dapat membawa lebih pembangunan di Sabah terutama di kawasan desa dan luar bandar," katanya.

Beliau berkata sebelum gagasan 1Malaysia diperkenalkan, Sabah telah mengamalkannya dalam keserasian, keunikan kumpulan pelbagai bangsa dan etnik, selain cermin kepada konsep masyarakat 1Malaysia. - Bernama

14 Tahanan Juvana Lelaki Sekolah Henry Gurney di Keningau Dipercayai Larikan Diri

$
0
0

KENINGAU: Seramai 14 tahanan juvana lelaki Sekolah Henry Gurney dekat sini dipercayai melarikan diri kira-kira jam 6.00 pagi pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Polis (DSP) Robert Salisip @ David berkata, menurut laporan penyelia yang bertugas di blok orentasi sekolah berkenaan mendapati tahanan terbabit tiada dalam blok penginapan.

Katanya, tahanan juvana terbabit yang berasal dari Keningau, Kota Belud, Semporna, Tawau dan Lahad Datu Sabah, Bandar Miri, Badung dan Belaga Sarawak menggunakan kain dan kayu mop untuk mematahkan grill dan keluar memanjat dua lapisan pagar dawai berduri dengan beralaskan kain selimut.

Ketua Polis Daerah itu ketika dihubungi kelmarin berkata, usaha mengesan semua tahanan juvana yang lari sedang giat dijalankan oleh polis IPD Keningau dan pihak penjara.

Beliau berkata, sehingga petang kelmarin (Ahad) tiga daripada mereka berjaya ditangkap.

Tahanan yang melarikan diri itu terdiri dari Ab. Malik b. Abdul Bustan. L/17 thn, bajau, A/ Kg. Innabah Kamal Semporna, Ajun b. Abdullah,L/15 thn, Kagayan, A/ Jln Bt. Sapi, Sandakan., Mohd Hairil Faizal L/15 thn, Suluk, A/Kg. Berundung, Papar, Jainal bin Omar,L/18 thn,b/tidung, A/Tanjung Bt. Laut, Tawau, Muhamad Safudin bin Roseman, L/16 thn, A/bt. 14 Sandakan Sabah, Azwar Anas b. Amran, L/16thn, bugis, A/Kg. Membelua Tawau, Junytor b. Jaukin, L/15thn, dusun, A/ Kg. Langkap Tiung, K. Belud dan. Abdul Wafi Singgan, L/18thn, dusun, A/ Kg. Tungkutus, K. Belud.

Yang lain ialah Evenas Dryyan b. Epol, L/18thn, murut, Kg. AmbualKGU, Muhammad Dahlan b. Ikhwan, L/19thn, melanau, Kg. Badung Sarawak, Wasian Achop AK Sangalang, L/17thn, iban, Bandar Miri Sarawak, Allenwin AK Ucau, L/17thn, Iban, Kg. Tungku, Lahad Datu, Edmond AK Jimmy, L/16thn, Bidayuh, A/ Kuching Sarawak dan Agustin Robert Siting, L/19 thn, Kayan, A/ Belaga Sarawak.

Sumber: New Sabah Times, 21/10/2013
Viewing all 209 articles
Browse latest View live