Quantcast
Channel: namaberita [dot] com
Viewing all 209 articles
Browse latest View live

Peranak Asal Iban, Dilang Anak Jantan Dichiri Nyadi Panglima 9 Briged

$
0
0
SELAMAT BEJALAIKA PENGAWA: Dilang (kiba) enggau Zainuddin (kanan) besilih dokumen bejalaika pengawa Panglima 9 Briged seraya dikemataka Zaki (tengah).
SIBU: Raban Soldadu Malaysia (ATM) kemari ngangkatka peranak asal bebansa Iban kedua ari Sekuau, Brigadier Jeneral Muhammad Daniel@Damien Abdullah tauka nama asal Dilang anak Jantan mangku pengawa Panglima 9 Briged.

Dilang dipadu megai pengawa nyadi Panglima 9 Briged nyilih ex-Panglima 9 Briged Datuk Stephen Mundaw ke diatu benung nampung pelajar di World Deffence College di Amerika Syarikat sepengelama setaun dalam bidang soldadu.

Mundaw, 55, peranak asal ari Sri Aman bebansa Iban ke terubah mangku pengawa Panglima 9 Briged kena 1 November 2010.

Pengerami nyerahka tanggungpengawa Panglima 9 Briged antara Pemangku Panglima 9 Briged Leftenan Kolonel Zainuddin Bahari enggau Brigadier Jeneral Muhammad Daniel udah dikemataka Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Zaki Mokhtar.

Berebak enggau nya mega, pengawa nyerahka tanggungpengawa chairman Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) 9 Briged antara Pemangku BAKAT 9 Briged Rozita Mohamad Jamil enggau chairman BAKAT 9 Briged ke baru Rashidah Hashim bisi diatur.

Pengawa bebaris nyerah enggau nerima tanggungpengawa Panglima 9 Briged digulu 27 pegawai enggau 233 raban ke lain pangkat ba Padang Kawad Kem Oya, Batu 14, Jalai Sibu-Bintulu, kemari.

Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Zaki Mokhtar lebuh dikerandau pemberita ngarapka pengawa nyiri Dilang iya nya seiku peranak asal menua Sibu nyadi Panglima 9 Briged ulih ngerapatka agi kaul antara ATM enggau mensia mayuh di menua nya.

“Dilang ke asal ari Sekuau udah diberi basa ke chukup tinggi mangku pengawa nyadi Panglima 9 Briged ketegal nyilih Datuk Stephen Mundaw.

“Aku pechaya ba pemujur 9 Briged ke udah dikereja ex-Panglima 9 Briged Datuk Stephen Mundaw, Dilang ulih ngangkatka 9 Briged ngagai tikas ke manah agi lalu ulih ngerapatka agi kaul antara ATM enggau mensia mayuh,” ku iya.

Dilang lebuh dikerandau mega madah, pengawa nyiri iya nyadi Panglima 9 Briged nya pekara ke tau ditemegah sereta basa ngagai raban bansa Iban lalu ngarapka ATM nerima sukung enggau kerejasama ari mensia mayuh.

Sumber: Utusan Borneo

Pemilik Facebook Hina Agama Kristian & Tuhan Yesus Dikesan - Ahli Parlimen Ranau

$
0
0

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Ewon Ebin berkata, pemilik laman sosial Facebook yang menghina agama Kristian dan Jesus sudah dikesan.

Anggota Parlimen Ranau itu berkata, identiti pengendali itu dikesan setelah pihaknya mengambil maklumat penuh profilnya di Internet daripada Cyber Security, agensi pakar keselamatan siber kementerian.

Menurut kenyataannya lewat malam tadi, siasatan juga mendapati, terdapat beberapa orang disyaki mengendalikan laman itu dan seorang daripadanya beralamat di Gombak, Selangor.

Ewon (kiri) berkata, laporan polis juga dibuat di Kota Kinabalu kelmarin ekoran artikel yang dimuat naik ke Facebook dikenali "Semenanjung Malaysia Anti Sabah & Sarawak" yang disifatkannya biadap, berbaur perkauman dan menyentuh sensitiviti agama.

Menurut Ewon, ia antaranya menyiarkan gambar Jesus yang digantung pada tiang elektrik, yang baginya cuba mencetuskan hubungan tidak baik antara masyarakat Sabah dan Sarawak dengan semenanjung.

Sementara itu, tinjauan Malaysiakini di laman itu mendapati ia menerima sebanyak 584 "like" setakat tengah hari tadi.

Ia dipenuhi dengan kata-kata cacian serta gelaran binatang terhadap masyarakat di Sabah dan Sarawak dan agama Kristian.

Selain memaparkan gambar Jesus digantung pada tiang elektrik, ia turut memuatkan gambar seekor katak dan monyet yang disalibkan.

Laman ini sudah tidak dapat ditemui apabila tinjauan dilakukan semula dua jam kemudiannya.

Kewujudkan laman itu mengundang kecaman hebat pengguna Facebook yang rata-rata tidak senang dengan pendekatannya, termasuk penganut agama lain, termasuk Islam.


Sumber: Malaysiakini

JANGAN‬ Beritahu Lokasi Kediaman Menerusi FACEBOOK Jika Balik Beraya

$
0
0

KUCHING: Polis tidak menggalakkan orang ramai memberitahu lokasi kediaman mereka khasnya menerusi laman sosial Facebook sempena Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Ketua Polis Daerah Ku-ching ACP Roslan Bek Ahmad berkata, pemberitahuan lokasi itu dikhuatiri akan mewujudkan peluang kepada penjenayah untuk mencuri atau memecah masuk rumah.

“Sekiranya keluar bercuti atau balik kampung sempena musim perayaan ini, kita tidak galakkan pengguna Facebook untuk memaklumkan pergerakan seperti menerusi ‘check-in’.

“Sebaliknya, maklumkan kepada pihak polis dengan tampil ke balai polis berdekatan untuk mengisi borang agar pihak polis dapat meronda di kawasan kediaman semasa ketiadaan mereka,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Ku-ching, Jalan Simpang Tiga, di sini, semalam.

Dalam perkembangan lain, Roslan turut menyeru orang ramai untuk tampil membuat laporan polis berhubung kes jenayah sama ada kecil atau besar.

Kes kecurian meskipun kecil seperti curi kasut atau baju katanya, perlu dilaporkan agar maklumat-maklumat yang disimpan pihak polis dapat diselaraskan.

“Walaupun kes itu kecil tetapi kerap berlaku di se-suatu kawasan, kita akan memberi fokus rondaan di tempat tersebut.
“Namun, orang ramai kena buat laporan kerana rondaan dibuat berdasarkan statistik yang ada,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa indeks jenayah tahun ini menurun sebanyak -17.42 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Kes ragut menurun seba-nyak -67 peratus, pecah rumah siang hari (-47 peratus) dan kes pecah rumah malam (-67 peratus).

“Pencapaian ini dijayakan dengan adanya Unit Rondaan Bergerak, sekatan jalan raya dan operasi penguatkuasaan lain,” katanya.

Sumber: Utusan Borneo


Penduduk di Kg Jabai, Bintulu Gempar Dengan Penemuan Mayat Wanita Dalam Parit

$
0
0

BINTULU: Penduduk di sini gempar dengan penemuan mayat seorang wanita yang terapung dalam parit besar di Kampung Jabai di sini pagi semalam.

Menurut sumber, mayat dalam lingkungan usia 40-an itu ditemui seorang lelaki yang kebetulan lalu di situ sekitar jam 6.30 pagi.

Pada mulanya, dia menyangka objek tersebut hanya patung mainan namun setelah membuat pengecaman mendapati ia mayat seorang wanita dalam keadaan meniarap lalu menghubungi polis.

Beberapa pegawai polis diketuai Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Madang Usat tiba di lokasi lima minit kemudian.

Ketika ditemui, mayat wanita yang tidak diketahui identitinya itu hanya berkain sarung dan berseluar dalam sahaja dengan kepalanya terdapat kesan cedera dipercayai dipukul dengan objek keras.

Pemeriksaan di tempat kejadian turut menemui satu bongkah batu bata yang terletak tidak jauh dari mayat yang kemudian diambil sebagai bahan untuk membantu siasatan polis.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Bintulu untuk bedah siasat.


Menyembunyikan Maklumat Pengganas di Lahad Datu, Koperal Polis Dihukum Penjara 7 Tahun

$
0
0

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, hukuman penjara maksimum mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan, ke atas Koperal Detektif Hassan Ali Basari, 61, kerana menyembunyikan maklumat mengenai kegiatan pengganas di Sabah.

Hakim P. Ravinthran memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh tangkap 2 Mac.

Beliau berkata walaupun Seksyen 130M turut membawa hukuman denda jika sabit kesalahan, hukuman itu tidak akan dikenakan.

Hassan didapati bersalah melakukan kesalahan itu di pejabat Ketua Cawangan Khas Lahad Datu antara Januari dan 2 Mac tahun ini.

Ravinthran berkata beliau menjatuhkan hukuman penjara maksimum ke atas Hassan kerana tertuduh bukan orang awam biasa.

“Anda ialah pegawai Cawangan Khas di Lahad Datu dan anda terima maklumat ini (mengenai pencerobohan di Kampung Tanduo). Jadi anda berada dalam kategori berbeza kerana anda wajib mendedahkan maklumat seumpama itu.

“Oleh itu, hanya sedikit sahaja penghargaan patut diberikan kepada perkhidmatan anda yang lama (38 tahun) dalam pasukan Polis Diraja Malaysia,” katanya.

Dalam penghakimannya, Ravinthran berkata pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap tiga fakta yang dikemukakan dalam perbicaraan peringkat kes pendakwa selama empat hari dari 24 Jun.

Beliau berkata saksi pertama yang dilindungi telah memberikan maklumat amat penting kepada Hassan pada Januari mengenai hasrat pasukan yang dipanggil Pasukan Tentera Diraja Sulu untuk memasuki Sabah, yang Hassan gagal dedahkan kepada pegawai atasannya.

Beliau juga berkata tiga transkrip panggilan telefon yang dipintas memperkukuh-kan lagi niat Hassan untuk menyembunyikan maklumat pencerobohan oleh pasukan tentera berkenaan.

Walaupun pencerobohan itu tidak berlaku semasa Hassan diberitahu mengenai pencerobohan yang bakal berlaku itu oleh saksi yang dilindungi, Ravinthran berkata pencerobohan itu akhirnya berlaku dan pa-sukan keselamatan boleh bersedia untuk mencegahnya daripada berlaku sekira-nya Hassan memaklumkan perkara itu kepada pegawai atasannya.

Terdahulu, semasa me-minta mahkamah menjatuhkan hukuman sebagai pengajaran, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan memberitahu pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu telah meninggalkan titik hitam dalam sejarah Malaysia dan tertuduh menyumbang kepada perkara itu.

“Niat tertuduh untuk tidak memaklumkan pegawai atasannya telah menyebabkan anggota keselamatan kita cedera dan terbunuh semasa berjuang mempertahankan kedaulatan negara.

“Keluarga mereka telah kehilangan orang tersayang. Kerajaan membelanjakan banyak wang untuk memasti-kan keselamatan rakyat yang terjejas. Ini tidak terma-suk kerosakan banyak harta benda.

“Ini adalah perbuatan khia-nat terhadap negara kerana sebagai anggota polis, beliau (Hassan) bertanggungjawab melindungi orang ramai. Oleh itu, beliau tidak setia kepada pasukan polis,” kata Nordin. Peguam Ram Singh berkata pihak pembelaan akan merayu keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Hassan kelihatan tenang ketika hukuman dibacakan dan bersalaman serta me-meluk anggota keluarganya yang menangis, sebelum dia dibawa keluar. — Bernama, 7 Ogos 2013

Polis Sedang Mengenal Pasti Kumpulan Panji Hitam Dakwa Pewaris Agong Yang Sah

$
0
0

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengenal pasti dalang kumpulan yang ditahan di luar pintu Istana Negara awal pagi kelmarin yang mendakwa mereka pewaris sah Yang di-Pertuan Agong.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata polis juga sedang mengenal pasti motif sebenar kumpulan itu berbuat demikian.

“Susulan itu, lapan lelaki termasuk ketua kumpulan yang berumur 40 tahun direman seminggu mulai hari ini (semalam). Seorang wanita berusia 52 tahun yang merupakan isteri kepada ketua kumpulan itu serta anak perempuan mereka berumur 11 tahun direman dua hari sehingga esok (hari ini),” katanya pada sidang media di sini semalam.

Ku berkata kesemua lapan suspek lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 121B Kanun Keseksaan atas kesalahan terhadap kuasa Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang Dipertuan Negeri dan boleh dihukum penjara seumur hidup atau didenda.

Kumpulan yang mendakwa mereka anggota Kumpulan Panji Hitam Dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara itu berpakaian serba hitam dan tiba di kawasan istana dengan menaiki tiga kereta pada jam 4.10 pagi sebelum ditahan polis.

Media melaporkan mereka mendakwa sebagai pewaris Agong yang sah dan dipercayai cuba mengambil alih pentadbiran Istana Negara.

Tangkapan termasuk rampasan kesemua kenderaan terlibat dilakukan ketua balai polis Jalan Travers. Tiada senjata ditemui ketika pemeriksaan polis terhadap kenderaan yang dirampas.

Siasatan polis mendapati tujuh daripada mereka berasal dari Melaka, Perak, Johor dan Kedah.

Antara ajaran kumpulan itu ialah mendakwa dua kalimah syahadah sedia ada tidak sah dan anggota baharu diwajib berbaiah serta mengucap kalimah syahadah yang baharu di hadapan ketua yang bergelar ‘Tuanku’. — Bernama

Jawatan Kosong di WEHAYA SDN BHD (203594-D) MIRI

$
0
0

  1. Contract Manager
  2. Operations Manager
  3. Electrical / Instrument Engineer
  4. Senior Electrical Technician
  5. Senior Instrument Technician
  6. DOSH Certified Safety Officer
  7. Marine Supervisor
  8. Scaffolder
  9. Driver
Detailed Resume to:

AHR DEPARTMENT
WEHAYA SDN BHD
Lot 1745, Block 3, MCLD, Jln Prunus 3,
Piasau Jaya Industrial Estate
P.O Box 1682, 98000 Miri, Sarawak
FAX: 085-657169

Email: csd@wehaya.com.my

Closing Date: 30 August 2013 (Friday)

Pemilihan Awal Perajurit Muda (Lelaki) TUDM Siri 50/14 di Sabah & Sarawak Ogos 2013

$
0
0

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) amat mengalu-alukan semangat dan minat anda bagi memasuki alam ketenteraan demi mempertahankan negara, bangsa dan agama. Kepada anda yang berminat untuk berkhidmat di dalam TUDM sebagai anggota Lain-lain Pangkat (LLP) TUDM, berikut adalah syarat dan kriteria yang diperlukan:

SYARAT LANTIKAN

Warganegara Malaysia
Umur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun
Lulus latihan asas ketenteraan
KELAYAKAN LANTIKAN KE PANGKAT LASKAR UDARA GRED ZA 1 BAND 1

*   Sijil Pelajaran Malaysia atau Kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Matematik, Sains atau salah satu daripada subjek Sains dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

atau

*   Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan.

atau

KELAYAKAN LANTIKAN KE PANGKAT LASKAR UDARA GRED ZA 1 BAND 1 DALAM TUGAS KHUSUS

*   Memiliki Diploma Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

SYARAT KELAYAKAN FIZIKAL

*   Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota. Penglihatan baik (tanpa kaca mata) dan tidak kabur warna.
*   Ukuran badan minima:

KETUKANGAN

Anak Kapal
Kuatermaster Udara, Pramugari
Kejuruteraan
Rangka Kapal Terbang, Avionik, Instrumen, Senjata, Elektrik, Enjin, Pembantu Statistik, Alat Banud
Pengurusan Ruang Angkasa
Juruteknik Pertahanan Udara, Pembantu Kawalan Trafik Udara, Bomba
Pentadbiran
Pembantu Tadbir, Pembantu Sajian, Pancaragam, Pembantu Tahan, Jurulatih Jasmani
Logistik
Juruteknik Logistik, Juru Katalog, Sistem Logistik, Pemandu

KEMUDAHAN DALAM TUDM

Penginapan
Anggota bujang disediakan Berek/Wisma
Anggota berkahwin disediakan rumah keluarga
Anggota berkahwin  tidak disediakan rumah keluarga layak mendapat
Imbuhan Tetap Perumahan
Rawatan
Rawatan perubatan/pergigian percuma termasuk keluarga dan ibu bapa
Keistimewaan Kelas Wad di Hospital
Kelas 1 Bertiga/Lebih (Pegawai Waran U II hingga Pegawai Waran Udara I)
Kelas II (Laskar Udara hingga Flait Sarjan)
Cuti Tahunan/Waren Perjalanan
Laskar Udara hingga Pegawai Waran Udara I – 30 hari
Waren Bas
Waren Keretapi
Waren Bot
Perkhidmatan Dobi Percuma
Caruman LTAT
Koperasi Tentera
Rangsum (sajian) percuma semasa latihan /kursus/bertugas
Pakaian seragam percuma
Biasiswa penuh pengajian di Universiti Pertahanan/KTU
Kemudahan sukan dan rekreasi
Pinjaman perumahan/Kenderaan/ Komputer
Peluang melanjutkan pelajaran ke IPTA tajaan ATM
Kemudahan kedai PERNAMA
Latihan peralihan sebelum tamat perkhidmatan

CARA-CARA MEMOHON

Pemilihan Perajurit Muda TUDM dilaksanakan  secara temuduga terbuka (walk-in) di tempat-tempat yang ditetapkan. Maklumat pemilihan disiarkan melalui:

Iklan di dalam akhbar tempatan
Laman sesawang TUDM
Diumumkan melalui siaran Radio
Pemohon yang berminat dikehendaki hadir dilokasi temuduga pada tarikh yang ditetapkan mulai jam 08.00 pagi hingga pendaftaran ditutup jam 09.00 pagi. Pemohon diwajibkan  membawa bersama dokumen ASAL serta satu salinan (PHOTOSTAT) seperti berikut:

Sijil Diploma dan Transkrip
Sijil SPM/SPMV
SKM Tahap 2 ke atas
Kad Pengenalan
Sijil Kelahiran
Sijil Berhenti Sekolah
Lain-lain sijil kemahiran (Jika ada)
Pemohon yang memegang laporan kehilangan Kad Pengenalan (JPN 1/11) boleh dipertimbangkan dengan syarat telah disahkan oleh pejabat pendaftaran Negara
Sekeping gambar warna ukuran passport
Sampul surat berukuran 5″ X 9″ beralamat sendiri serta setem RM 1.00
Pakaian semasa temuduga: Pakaian sukan iaitu T-Shirt berkolar, Seluar tracks, Kasut sukan dan berstoking.

PUSAT-PUSAT PEMILIHAN DI SABAH & SARAWAK

Sabah

21 Ogos 2013 (Rabu) : Dewan Masyarakat Tawau
22 Ogos 2013 (Khamis): SMK Likas, Kota Kinabalu

Sarawak
24 Ogos 2013 (Sabtu): Smk Dato Permaisuri, Miri
25 Ogos 2013 (Ahad): SMK Bandar Sibu, Sibu
26 Ogos 2013 (Isnin): Pangkalan Udara Kuching, Kuching

Masa: 08.00 am – 10.00 am

PERTANYAAN

Sila gunakan alamat dan nombor telefon ini untuk semua pertanyaan mengenai kerjaya TUDM:

MARKAS TENTERA UDARA BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
SEL KERJAYA DAN PENGAMBILAN
TINGKAT 7, MENARA TH SELBORN
153 JALAN TUN RAZAK
50400 KUALA LUMPUR
TEL: 03 – 26812412/2413/2414

Temuduga Terbuka di Western Digital (Malaysia) Sdn Bhd

$
0
0

Western Digital (Malaysia) Sdn Bhd
Tarikh: Setiap hari Isnin hingga Jumaat
Masa: 9.00 pagi hingga 3.00 petang

Temuduga Terbuka

Program Penyesuaian Pekerjaan (2PK) &
Program Penempatan Azam Kerja 2013
Dewan Rumah Dayak Saratok

Tarikh: 17 Ogos 2013 (Sabtu)
Masa: 8.00 am – 5.00 pm

Vacancies at ACACIA CELLULOSE INTERNATIONAL SDN BHD (ACACELL) Bintulu, Sarawak

$
0
0

ACACIA CELLULOSE INTERNATIONAL SDN BHD (ACACELL)
Location: Bintulu
Closing Date: 30th August 2013 (Friday)

Job Placement Programme in Lawas, Sarawak on Aug 17, 2013

$
0
0


Program Penempatan Pekerjaan di Lawas, Sarawak pada 17 Ogos 2013
Penganjur: Jabatan Buruh Lawas
Tempat: Hotel Seri Malaysia
Tel: 085-285452

Rumah Panjang 40 Pintu, TR Das Anak Jerman, Stapng, Sibu Terbakar

$
0
0

SIBU - Kebakaran yang berlaku tengah hari ini memusnahkan sebuah rumah panjang 40 pintu, Rh.Das anak Jerman, di Stapang kira-kira 48 kilometer dari sini.
   
Menurut seorang pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Sungai Merah, Mutton Gelanggang, 18 anggota dari Balai Bomba Sungai Merah dan Balai Bomba Jalan Central berserta dua jentera bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan pada 1.44 tengah hari ini.
   
Beliau berkata kumpulan pertama dari balai Sungai Merah tiba di tempat kejadian pada 2.25 petang dan dengan disertai kumpulan kedua, mereka berjaya mengawal api daripada merebak kira-kira 4.15 petang, bagaimanapun rumah panjang yang dibina daripada papan itu musnah sama sekali.
   
Katanya kebakaran dipercayai bermula dari dapur sebuah daripada unit keluarga. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
   
Ini kali kedua rumah panjang di sini musnah akibat kebakaran bulan ini.
   
Pada 1 Ogos, 10 keluarga hilang tempat tinggal dalam kebakaran di rumah panjang Rh Franky Bawok di Rantau Panjang kira-kira 22 kilometer dari sini. - Bernama


Kadar BR1M Naik Sehingga RM1,200 Tahun 2014

$
0
0

Kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dinaikkan tahun depan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini.

Katanya perkara itu akan diusul pada pembentangan Belanjawan 2014, Oktober ini, selain kerajaan turut melihat kemungkinan meletakkan BR1M sebagai inisiatif di bawah Dasar Jaringan Keselamatan Sosial.

"Kita melihat untuk menaikkan kadar BR1M seperti yang dijanjikan kepada rakyat. Kita melihat untuk dinaikkan sehingga maksimum RM1,200 barang kali dalam tempoh empat hingga lima tahun dari sekarang. Untuk tahun depan kita naikkan sedikit," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Ipoh.

BR1M yang diberi kerajaan sejak tahun lepas adalah antara inisiatif untuk membantu golongan berpendapatan rendah iaitu kurang daripada RM3,000 sebulan, dengan kadar RM500 untuk satu isi rumah.

Ahmad Husni berkata kerajaan juga melihat kemungkinan untuk melaksanakan dasar rasionalisasi subsidi yang memastikan hanya kumpulan sasar yang layak menikmatinya. 

Ini kerana katanya kaedah pelaksanaan sekarang dinikmati oleh semua golongan termasuk yang berpendapatan tinggi dan orang kaya, sekali gus tidak memenuhi matlamat sebenar pemberian subsidi itu.

Taib: Pelan Induk Projek Empangan Baram Sudah Dibuat

$
0
0
MARUDI: Pelan induk men­genai projek pembinaan dan pembangunan Empangan Baram sudah dibuat, bagaim­anapun keputusan mengenai lokasinya belum dimukta­madkan.

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, kerajaan masih di peringkat mengenal pasti lokasi sesuai dan mengemas kini data pelan pembangunan projek yang dicadangkan itu.

“Kita akan mencari tempat atau lokasi yang sesuai dan dapat menarik kedatangan pelancong dengan keindahan alam semula jadi yang terpe­lihara khususnya di kawasan hulu Baram.

“Projek Empangan Baram ini adalah untuk kebaikan se­mua pihak, penduduk Baram dan Sarawak,” katanya pada Majlis Ramah-tamah Aidil­fitri Daerah Marudi Bersama Ketua Menteri anjuran PBB Bahagian Marudi di Dewan Suarah Baram di sini, pagi semalam.

Lebih 1,000 penduduk Baram termasuk pemimpin masyarakat dan ketua-ketua jabatan di daerah ini meng­hadiri majlis berkenaan.

Hadir sama isteri beliau Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Jabu dan isteri serta Menteri Muda Bekalan Air merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, Datuk Sylvester Entri Muran.

Bercakap mengenai ke­unikan Baram, Taib ber­kata, masyarakat Orang Ulu yang kaya adat tradisi harus mengadakan aktiviti berc­orak kebudayaan agar boleh diketengahkan sebagai salah satu produk pelancongan di kawasan itu.

Sehubungan itu, acara Pesta Regata Baram yang dijangka diadakan pada tahun depan, Taib berjanji akan mempe­runtukkan geran berjumlah RM100,000 untuk masyarakat Orang Ulu bagi membolehkan mereka mengadakan acara bertemakan ‘Cultural Beauty of the Orang Ulu’ itu.

Menerusi acara itu, katanya, Orang Ulu meliputi pelbagai etnik boleh menonjolkan budaya dan seni mereka yang unik terutamanya ukiran perahu, muzik tradisional dan sebagainya.

“Oleh yang demikian, masyarakat Baram serta ahli-ahli Yang Berhormat dan menteri-menteri muda di sini harus memberi kerjasama erat kepada pihak penganjur,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Taib menggesa Orang Ulu supaya meneruskan perjuangan mencapai kemajuan dalam era global dan pembangunan yang pesat ketika ini.

“Orang Ulu dan penduduk Marudi boleh mendapatkan kemajuan dan pembangunan yang dimahukan mereka untuk dilaksanakan di sini, tetapi yang penting masyarakatnya perlulah bersama-sama berjuang untuk kemerdekaan dan perpaduan yang berterusan demi pembangunan,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mahu masyarakat Orang Ulu di sini meneruskan perjuangan dan semangat untuk terus maju dan membangun yang telah disemai oleh mendiang Datuk Temenggung Oyong Lawai Jau, yang banyak membawa semangat kemajuan Orang Ulu.

“Walaupun beliau sudah tiada lagi, namun masyarakat Orang Ulu di sini perlu meneruskannya bukan dengan cara lama, tetapi dalam bentuk baharu dengan kehendak yang tidak putus-putus kerana kita mahu terus maju dan tidak lagi ketinggalan,” katanya.

Sumber: Utusan Borneo

Vacancy At SHELL Bintulu, Sarawak, Malaysia


Jalan Raya Pan Borneo Sepanjang 2000 km Kini Siap 93% - Rosnah

$
0
0
Rangkaian Jalan Raya Pan Borneo yang menghubungkan Sarawak, Brunei dan Sabah kini siap 93% dengan selebihnya masih dalam proses pembinaan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata jalan raya berkenaan sepanjang lebih 2000 kilometer itu dibina dengan anggaran kos RM22 bilion ringgit.

Datuk Rosnah berkata demikian pada majlis taklimat media mengenai status terkini lebuh raya pan borneo di kota kinabalu.

Lebuhraya berkenaan bermula dari sematan di barat Sarawak merentasi Bandaraya Kuching, Serian, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Bintulu, Miri, Limbang dan Lawas di Sarawak serta Kota Kinabalu, sandakan dan seterusnya ke Tawau, Sabah. 

Mengikut program naik taraf lebuh raya itu, keseluruhan jalan rayanya dinaik taraf dari dua  lorong kepada empat atau enam lorong.

Setakat ini, kira kira 10% daripada lebuhraya itu bersamaan 248.65 kilometer sudah siap dinaik taraf kepada empat lorong atau enam lorong sejak bermula pada 2011.

Ketika ini pelaksanaan projek dilakukan secara berfasa mengikut keutamaan termasuk baik pulih jalan, membina lorong memotong, rawatan kawasan kemalangan dan menaikkan aras jalan yang sering dilanda banjir.

Kerja naik taraf lebuhraya berkenaan bukan sahaja memperbaiki hubungan darat antara bandar utama Sabah dan Sarawak malah memudahkan laluan ke kawasan pedalaman dan menyokong pembangunan koridor tenaga boleh diperbaharui Sarawak atau score dan Koridor Pembangunan Sabah, SDC.

Sumber: TV3

Jalan Raya Pan Borneo Hubungkan Sabah, Sarawak & Brunei Siap 93% - Rosnah

$
0
0
KOTA KINABALU: Rangkaian jalan raya Pan Borneo yang menghubungkan Sarawak, Brunei dan Sabah kini siap 93 peratus dengan selebihnya masih dalam proses pembinaan, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Menurut beliau, jalan raya Pan Borneo sepanjang 2,239 kilometer bermula dari Sematan di bahagian barat Sarawak melalui bandaraya Kuching, Serian, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Bintulu, Miri, Limbang, Lawas, Kota Kinabalu, Sandakan dan seterusnya ke Tawau, Sabah.

"Keseluruhan jalan raya ini telah berturap dan sepanjang 248.65 kilometer mempunyai tahap empat lorong atau enam lorong manakala bakinya masih ditahap dua lorong, ini tidak termasuk 'missing link' sepanjang 50 kilometer dari Kalabakan, Sabah ke Serudong, Kalimantan yang masih dalam proses pembinaan," katanya pada majlis taklimat media mengenai Jalan Raya Pan Borneo di sini, Khamis.

Turut hadir Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Kerja Raya Mohd Azlan Mon Jamaluddin dan Ketua Penolong Pengarah Jalan Raya Sabah Ali Ahmad Hamid.

Rosnah berkata, bagi tahun ini, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM89 juta untuk melaksanakan program membaik pulih Jalan Raya Pan Borneo iaitu RM41.8 juta bagi negeri Sabah dan RM47.2 juta bagi negeri Sarawak di bawah Rancangan Malaysia Ke-10. "Sebanyak 109 projek telah dikenal pasti iaitu 86 projek di negeri Sabah dan 23 projek di negeri Sarawak yang melibatkan skop membaik pulih jalan, membina lorong-lorong memotong, rawatan kawasan kemalangan dan menaikkan aras jalan yang sering di landa banjir," katanya.

"Sehingga kini sebanyak 74 projek atau 67.8 peratus telah dan sedang disiapkan manakala bakinya 35 projek atau 32.2 peratus sedang dalam peringkat pembinaan dan dijangka akan siap menjelang tahun 2015 dengan kos RM277.5 juta," katanya.

Rosnah berkata projek jalan raya itu telah dimulakan pada tahun 1963 iaitu sebaik sahaja Persekutuan Malaysia dibentuk dan pada peringkat awalnya sebahagian besar jalan raya itu terdiri daripada tanah dan batu kerikil.

"Kerja-kerja menaik taraf dan menurap keseluruhan jalan raya ini telah dimulakan pada tahun 1968 menerusi Rancangan Colombo dan pada 1973, barulah kerja turapan menggunakan kaedah 'flush sealing' dibuat dan disiapkan akhir tempoh RMKe-8," katanya.

Katanya, melalui Pelan Induk Highway Network Development Plan Phase 2 (HNDP 2) untuk Sabah dan Sarawak, kementerian merancang untuk menaik taraf keseluruhan jalan raya ini ke tahap jalan berkembar, empat lorong secara berperingkat mulai tahun 2011 dengan anggaran kos RM22 bilion, iaitu RM12.5 bilion di Sarawak dan RM9.5 bilion di Sabah.

"Memandangkan kos untuk menaik taraf jalan raya Pan Borneo ini ke tahap dual carriageway sangat tinggi, maka kerajaan mencadangkan supaya kerja-kerja naik taraf ini dibuat secara berfasa antara 10 hingga 15 tahun mengikut senarai keutamaan jajaran yang telah dikenal pasti," katanya.

Ketika ditanya mengenai cadangan untuk membina laluan bagi kenderaan berat seperti lori yang mengangkut kelapa sawit, kayu balak dan arang batu di Sarawak, beliau berkata pihaknya akan mengkaji perkara tersebut.

"Selain itu, bagi setiap lima kilometer akan diwujudkan lorong untuk memotong di kawasan yang kurang mengalami kesesakan lalu lintas dan pertambahan lorong dari satu lorong ke dua lorong dan enam lorong adalah untuk kawasan yang mengalami kesesakan lalu lintas," katanya. -BERNAMA

Immediate Vacancies At Oceancare Corporation Sdn Bhd (Miri)

$
0
0

NDT Technician / Operator

Oceancare Corporation Sdn Bhd
Human Resource Department
2nd floor, Wisma Yong Yung, Lot 698 Pelita Commercial Centre,
P.O Box 1355, 98008 Miri, Sarawak
Email: hr@oceancare.com.my or recruit@oceancare.com.my 

Tel: 085-423825
Closing Date: 8th September 2013

Penans Block Gas Pipeline Project in Ulu Baram

$
0
0

MIRI: About 100 Penans from Long Meraan, Sg Magoh, in Ulu Baram, had set up blockades at five roads since Aug 7, to protest against the Sabah-Sarawak gas pipeline project.

Friends of the Earth Malaysia (SAM) president SM Mohamed Idris claimed in a statement yesterday that the blockade was made following the failure of the company concerned to heed the plight of the people. It is also against the authorities for allegedly dishonouring their promises made to the Penans.

SAM quoted Long Meraan headman Belaweng Tunau as saying the laying of the pipelines had affected the villagers and environment negatively.

Among the negative consequences were destruction of jungle produce and river pollutions.

These had affected their source of income and clean water.

Following the blockade, Land and Survey Department personnel, police, and project sub-contractors met  the Penans on Aug 8 and 12, and persuaded them to dismantle the blockades.

However, their requests were turned down. Their assurance of paying RM15,000 to the villagers during the 15-day period needed to complete work in the area was also turned down.

The Penans vowed to continue with their blockades until all their four main requests are honoured. The main requests are (1) finding alternatives to reduce impact on the environment, including rivers, (2) provision of clean water supply, (3) payment of compensation, and (4) strict adherence to the guidelines of the project.

Proton Holdings Bhd Lancar 'Suprima S'

$
0
0

DR. MAHATHIR (kanan) bersama Mohd. Khamil (tengah) dan Lukman bergambar bersama kereta Proton Suprima S pada majlis pelancarannya di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Kereta model terbaharu keluaran Proton Holdings Bhd. (Proton), Suprima S, yang dilancarkan semalam mengikis persepsi kononnya syarikat itu menghasilkan kenderaan berkualiti rendah.

Penasihat Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, syarikat pengeluar kereta tempatan itu telah berjaya menghasilkan kereta yang bukan sahaja menepati piawaian antarabangsa malah harganya mampu milik.

“Tanggapan bahawa Proton pengeluar kereta berkualiti rendah perlu dihapuskan kerana kereta keluarannya setanding dengan jenama terkenal yang terdapat di Malaysia.

“Saya harap rakyat Malaysia memberi sokongan kepada kereta ini. Saya yakin setelah mereka mencubanya, mereka akan dapati ia tidak kurang hebatnya berbanding kereta lain dalam pasaran,” katanya.


Viewing all 209 articles
Browse latest View live