MELAKA: Purata 16 kes orang hilang terutama yang melibatkan kanak-kanak dan remaja wanita dilapor di negara ini setiap hari tahun lepas.

Beliau berkata statistik antara Januari hingga 23 Dis tahun ini turut menunjukkan tahap membimbangkan dengan 4,998 orang yang dilapor hilang, hanya 2,382 orang atau 48 peratus berjaya ditemui.
“Daripada jumlah kes orang hilang yang dilaporkan tahun ini, seramai 2,237 orang atau 45 peratus terdiri daripada kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke bawah,” katanya kepada media selepas menutup seminar kes orang hilang peringkat negeri Melaka di sini semalam.
Turut hadir Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye.
Lee berkata terdapat beberapa faktor berlaku kes orang hilang termasuk diculik dan bunuh. — Bernama