Quantcast
Channel: namaberita [dot] com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 209

Pentas Krismas Anjuran RTM Bintulu & ParkCity Mall Pada 21 dan 22 Disember 2013

$
0
0
PENTAS KRISMAS: (Dari kiri) Tuah, Keith, Neyah, Daniel serta juruhebah Bintulufm yang merupakan ahli jawatankuasa penganjur program bergambar bersama selepas sidang media program Pentas Krismas di ParkCity Mall, semalam.

BINTULU: Ruang legar pusat beli-belah ParkCity Mall bakal meriah dengan pelbagai acara menarik sempena program Pentas Krismas anjuran Bintulufm (RTM Bintulu) dan ParkCity Mall pada 21 dan 22 Disember ini.

Antara acara-acara menarik yang akan dilangsungkan bermula pada jam 12 tengah hari hingga 9 malam itu ialah radio di lokasi, persembahan artis FiKon dan persembahan artis tempatan terdiri daripada Leez Zwuita, Aldrich daripada kumpulan Heaven, Tuah Jili dan Lucy M.

Ini diikuti pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, artis bersama peminat, kuiz spontan, teka-teki, persembahan silap mata, tarian tradisional, tarian moden, tiru gaya artis, permainan santai sukaneka bersama pengunjung dan pemberian hadiah misteri untuk pengunjung.

Pemangku Penyelia RTM Bintulu Neyah Anggas berkata, program itu berkonsep santai bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat pelbagai kaum di Bintulu sempena sambutan pra-Krismas.

Katanya program itu juga untuk menyampai dan membuat hebahan kepada penduduk setempat untuk bersedia menyambut Tahun Melawat Malaysia 2014, meningkatkan semangat pelajar untuk memasuki sesi persekolahan tahun baharu,menggalak penyertaan semua kaum, memupuk perpaduan dan sikap hormat menghormati.

“Kami juga ingin memberi peluang kepada peserta menunjukkan bakat dalam seni sekali gus mengenali juruhebah-juruhebah Bintulufm melalui radio di lokasi serta untuk mengerat kerajasama antara jabatan kerajaan dan bukan kerajaan,” ujarnya pada sidang media bersama di New World Suite semalam.

Beliau berkata, program itu akan dirakamkan dalam radio pada tarikh tersebut dan seterusnya akan disiarkan pada 26 dan 27 Disember ini pada jam 1.15 petang dalam radio Bintulufm sempena sambutan Krismas.


“Kami berharap melalui Pentas Krismas bakal meriahkan ParkCity Mall Program dianjurkan oleh Bintulufm (RTM Bintulu) dan ParkCity Mall pada 21 dan 22 Disember ini  kerjasama RTM Bintulu dan ParkCity Mall dalam program seumpamanya akan membantu untuk lebih memperkenalkan kewujudan RTM yang masih baharu di sini, kepada umum dan warga Bintulu khususnya,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ParkCity Mall merangkap Pengerusi Persatuan Hotel-hotel Malaysia (MAH) Cabang Sarawak Keith W. Pointer berkata, program seumpamanya melibatkan kerjasama radio dan pusat beli-belah tidak pernah diadakan di negeri ini.

“Dengan populasi penduduk di bahagian ini yang kini mencecah 290,000 orang akan menjadikan program itu berbeza dengan kehadiran ramai orang ke kompleks beli-belah kami kelak.

“Kami berterima kasih kepada RTM dengan membawa artis-artis tempatan kepada penduduk di Bintulu khususnya menyediakan program untuk kanak-kanak sempena Krismas,” tambahnya.

Keith berkata program itu bukan berkaitan dengan kaum dan agama sebaliknya untuk memberi keseronokan kepada penduduk yang mengunjungi kompleks beli-belah sekali gus menikmati persembahan artis tempatan dan permainan selama dua hari program itu berlangsung.

“Mungkin ia memberi keterujaan dan keadaan kacau-bilau dengan kehadiran ramai orang tetapi aktiviti itu akan menjanjikan keseronokan kepada pengunjung dan kanak-kanak yang akan membawa ibu bapa mereka bersama dan ini amat penting untuk masa depan perniagaan,” jelasnya.

Katanya, penganjuran dan sokongan terhadap program itu bukan hanya untuk perniagaan tetapi ingin memberi kembali kepada masyarakat.

Turut hadir Penerbit RTM Bintulu Daniel Stephen, Pegawai Kebudayaan Pejabat Kementerian Pembangunan Sosial Bintulu Tuah Jili serta Eksekutif Jualan dan Pemasaran ParkCity Mall Angelyne Kho.

Sumber: Utusan Borneo

Viewing all articles
Browse latest Browse all 209