Quantcast
Channel: namaberita [dot] com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 209

Looney Tunes Classroom Capers Buat Persembahan di Stadium Perpaduan Kuching, 21 - 24 November 2013

$
0
0

KUCHING: Buat kali pertama dipersembahkan di Malaysia, Looney Tunes Classroom Capers akan menggegarkan Stadium Perpaduan Negeri di sini dengan persembahan muzikal berkelas dunia secara langsung bermula 21 hingga 24 November akan datang.

Menurut Pengarah Urusan Kids Paradise Sdn Bhd Victoria Hwang, persembahan muzikal langsung itu hasil kerjasama Edocore Paradise Sdn Bhd, Majlis Perbandaran Kuching Selatan dan Dewan Bandaraya Kuching Utara dan disokong Kementerian Pelancongan Sarawak.

“Inilah julung kali Looney Tunes Classroom Capers datang ke Malaysia dan Kuching merupakan lokasi terpilih untuk menjayakan acara terulung ini.

“Kita amat bangga kerana tidak semua berpeluang untuk ke Australia tetapi dengan hadirnya Looney Tunes Classroom Capers di sini kita dapat menyaksikan muzikal bertaraf dunia secara langsung,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Victoria memberitahu antara geng Looney Tunes yang akan menggegarkan Stadium Perpaduan Negeri nanti ialah Bugs Bunny, Daffy Duck, Tweety Bird, Sylvester, Tasmanian Taz dan Marvin the Martian.

Beliau menjelaskan, terdapat lapan persembahan langsung dalam Looney Tunes Classroom Capers dari 21 November hingga 24 November nanti.

“Jadual pada 21 November (Khamis) persembahan akan bermula sekitar jam 7 malam, 22 November 2.30 petang dan 7 malam, 23 November pula jam 11 pagi, 2.30 petang dan 7 malam dan hari Ahad iaitu 24 November persembahan pada jam 11 pagi dan 2.30 petang,” jelasnya.

Tambahnya lagi, orang ramai yang berminat untuk menonton persembahan muzikal Looney Tunes Classroom Capers itu boleh mendapatkan tiket secara atas talian (harga tiket dari RM90, RM110 dan RM140 dengan caj RM6 setiap tiket dikenakan) di www.looneytunesliveinkuching.com.

“Pembelian tiket dilakukan 100 peratus secara online yang akan mula dibuka bermula jam 9 pagi pada 3 Ogos ini,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Educore Paradise Sdn Bhd Lee Khee Chuan berkata, sempena dengan persembahan muzikal Looney Tunes Classroom Capers, pihaknya akan mengadakan promosi menerusi jerayawara di beberapa bahagian di negeri ini.

“Jerayawara ini bermula di Kuching pada 12 hingga 18 Ogos di Pusat beli-belah The Spring, diikuti Sibu, Bintulu dan Miri masing-masing pada bulan Ogos, September dan Oktober nanti,” katanya.

Pada masa yang sama Lee memberitahu pada majlis perasmian persembahan Looney Tunes Classroom Capers pada 21 November nanti, dijangka akan dihadiri Menteri Pelancongan dan Menteri Perumahan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

“Justeru, saya menyeru penduduk di sekitar bandar raya ini termasuk dari bahagian lain, Sabah, Semenanjung Malaysia, Singapura, Brunei dan Kalimantan Barat Indonesia mengambil peluang menyaksikan persembahan muzikal terhebat ini,” ujarnya.

Utusan Borneo



Viewing all articles
Browse latest Browse all 209

Trending Articles