KUCHING: Dianggarkan 22,000 penjawat awam di bawah kerajaan negeri dijangka mengikut jejak kerajaan pusat, iaitu menerima bantuan khas sempena Hari Raya Aidilfitri akan datang.
Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani berkata, bagaimanapun dari segi jumlah yang diberikan tertakluk kepada persetujuan kerajaan semasa mesyuarat kabinet diadakan.
“Pemberian bonus raya akan diputuskan semasa mesyuarat kabinet akan datang iaitu mungkin dalam minggu depan (mesyuarat) dan kerajaan akan memutuskan perkara ini.
“Dari segi jumlah biasanya kita akan ikut persekutuan namun sekali lagi ia mengikut persetujuan kerajaan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan laman sesawang Pusat Kecemerlangan Teknikal (CTE) di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.
Tambah beliau, pada kebiasaannya jumlah yang diberikan sama dengan yang diberikan oleh kerajaan persekutuan yang sudah menjadi amalan sebelum ini.
“Amalan sebelum ini biasanya mengikut persekutuan dan saya berharap ia sama,” katanya sambil memberitahu, di Sarawak terdapat kira-kira 22,000 penjawat awam di bawah kerajaan negeri.
Sebelum ini pada 2 Julai lepas, Bernama dipetik sebagai berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan Aidilfitri kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.
Najib berkata pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 15 Julai ini dan berharap ia dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan menyambut Aidilfitri pada hujung bulan ini.
Selain kerajaan persekutuan, antara negeri yang turut mengumumkan bonus yang sama adalah Selangor, iaitu pemberian bonus sebulan gaji kepada kakitangan awam di negeri itu.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM32.7 juta untuk pemberian bonus tahunan ini kepada lebih 17,000 kakitangan tetap, kontrak dan sambilan.