Jawatan Kosong : Pegawai Pentadbiran

KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA mempelawa calon-calon yang berkelayakan, bermotivasi dan kompeten bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:
PEGAWAI PENTADBIRAN
SKOP KERJA
Memberi maklumbalas dengan cekap dan berkesan kepada pelanggan melalui telefon, e-mel serta media sosial berkaitan produk KWSP seperti pengeluaran, pendaftaran, caruman, bayaran, penguatkuasaan, aduan dan perkara-perkara lain yang berkaitan KWSP.
KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- Memiliki Diploma dalam bidang pengajian yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
- Lulus subjek Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
SYARAT TAMBAHAN
- Kebolehan berkomunikasi dengan fasih dalam Bahasa Mandarin
STATUS JAWATAN
Tetap
CARA MEMOHON
Calon-calon yang berminat perlu mengemukakan permohonan dengan menyatakan jawatan yang dipohon beserta salinan dokumen seperti berikut:
- Resume
- MyKad
- Surat beranak
- Sijil kerakyatan Malaysia (jika berkaitan)
- Penyata gaji terkini
- Skrol dan transkrip Diploma
- Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Sijil Kokurikulum
Permohonan hendaklah dihantar ke rec.cmc@gmail.com selewat-lewatnya 18 FEBRUARI 2014. Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses.
Segala permohonan adalah SULIT dan hanya calon yang disenaraipendek sahaja akan dihubungi. Permohonan tuan/puan adalah dikira TIDAK BERJAYA sekiranya tidak menerima sebarang maklumbalas daripada KWSP selepas 6 BULAN dari tarikh iklan ditutup.