Quantcast
Channel: namaberita [dot] com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 209

RH Jelani, Sg Saeh Putih, Niah Sepanjang 53 Pintu Terbakar

$
0
0

Seramai 587 penghuni rumah panjang 53 pintu itu tinggal sehelai sepinggang

MIRI: Rumah panjang 53 pintu iaitu Rumah Jelani di Saeh Putih, Niah, lebih satu jam 45 minit perjalanan dari sini, musnah dalam satu kebakaran yang berlaku petang semalam.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 4 petang semalam, 587 penghuni rumah panjang tersebut tinggal sehelai sepinggang.

Menurut sumber, api dipercayai tercetus daripada litar pintas yang berlaku di bahagian tengah rumah panjang tersebut sebelum ia merebak dengan pantas hingga meranapkan seluruh rumah panjang yang dibina daripada kayu itu.

Dalam pada itu, jurucakap Balai Bomba Miri mengesahkan mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 4.06 petang.

Katanya sebanyak dua jentera bomba, masing-masing dari Balai Bomba Miri dan Balai Bomba Lopeng dikejarkan ke tempat kejadian dengan kekuatan lebih 15 anggota yang diketuai oleh Ketua Balai Bomba Miri Ali Bema.

Bomba mengambil masa sejam lebih perjalanan dari Miri termasuk melalui jalan ladang kelapa sawit sejauh 11 kilometer dari jalan utama.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan pihak bomba masih melakukan siasatan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sibut Ahmad Lai Bujang yang berada di Kuala Lumpur ketika kejadian berlaku, turut melahirkan rasa sedih atas kejadian yang berlaku sambil meminta penduduk bersabar menghadapi tragedi tersebut.

Beliau memberitahu, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sibuti sudahpun diarahkan untuk menghantar bantuan dan keperluan kecemasan kepada mangsa dan bekerjasama erat dengan Pejabat ADUN Bekenu bagi tujuan itu.

Ahmad Lai berkata beliau akan melawat mangsa secepat mungkin, sejurus tiba di Miri, sekembalinya dari Kuala Lumpur kelak.

Ini merupakan kejadian yang kedua rumah panjang musnah dalam kebakaran di Niah dalam tempoh kurang daripada dua bulan.

Kes pertama yang berlaku pada 4 Disember tahun lalu membabitkan Rumah Ngindang, 41 pintu, hingga menyebabkan lebih 290 penghuninya tinggal sehelai sepinggang.

- Utusan Borneo


Viewing all articles
Browse latest Browse all 209