Quantcast
Channel: namaberita [dot] com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 209

Liow Tiong Lai Menang Presiden MCA, Wee Ka Siong Sebagai Timbalan

$
0
0
Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai dipilih sebagai Presiden MCA yang baharu manakala jawatan Timbalan Presiden, Timbalan Presiden disandang Datuk Dr Wee Ka Siong (kiri) pada Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke- 60 di Kuala Lumpur, hari ini. 

LIOW Tiong Lai (kanan) dan Wee Ka Siong dijulang oleh penyokong mereka sebaik diumumkan sebagai Presiden dan Timbalan Presiden MCA yang baharu semasa Pemilihan Agung MCA di Wisma MCA, Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berjaya merampas jawatan nombor satu parti itu dengan memperolehi kemenangan besar sebanyak 1,186 undi pada pemilihan badan induk parti berkenaan yang berlangsung hari ini.

Dalam pertandingan tiga penjuru itu, Tiong Lai berjaya menewaskan bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Gan Ping Sieu.

Berikut senarai barisan kepimpinan tertinggi MCA:

PRESIDEN: Datuk Seri Liow Tiong Lai

TIMBALAN PRESIDEN: Datuk Wee Ka Siong

NAIB PRESIDEN:

1. Datuk Chua Tee Yong

2. Datin Paduka Chew Mei Fun

3. Lee Chee Leong

4. Dr. Ho Kok Chong

- UTUSAN



Viewing all articles
Browse latest Browse all 209